Ayatul Qudus~

Wednesday 23 March 2011

DaLam KaLahNya,Kita SeNDiRi BuKaNlah PeMeNaNg YaNg UnGGuL...

Satu hari, dua orang sahabat karib mengembara bagi mencari tempat yang lebih baik untuk memulakan penghidupan baru. Setelah berhari-hari berjalan tiba-tiba tercetus salah faham antara dua sahabat ini ketika mereka sampai disebuah persimpangan.

Sahabat pertama, tanpa berfikir panjang telah menampar sahabat karibnya itu kerana tidak bersetuju supaya mereka mengambil salah satu simpang. Sahabat yang ditampar tadi terkejut. Dia tidak menyangka sahabat karibnya tergamak berbuat demikian.

Air matanya bergenang, dia bermenung seketika dan dia mengambil sebatang kayu lalu memandang ketanah. Diatasnya dia menulis “HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENAMPAR PIPIKU” dia menulis diatas pasir tempat dia berdiri.

Pun begitu, mereka masih tetap bersama. Mereka meredah bukit dan hutan, berhari-hari. Sampailah satu hari mereka tiba disebatang sungai yang dalam dan bertebingkan batu-batu besar. Kedua sahabat itu meneguk air sungai dan kemudian mandi untuk menyegarkan kembali badan yang letih.

Entah bagaimana, tiba-tiba sahabat yang ditampar tempoh hari tergelincir dari batu tempat dia berdiri, lalu dihanyutkan arus sungai yang deras. Hampir saja dia lemas, tetapi nasibnya sungguh baik pabila sahabat yang menamparnya tempoh hari berjaya menyelamatkannya.

Diatas tebing yang penuh batu-batu besar itu, sahabat yang ditampar tempoh hari mengucapkan terima kasih kerana menyelamatkannya. Kemudiannya dia menulis pada permukaan batu besar berhampiran dengan perkataan “HARI INI SAHABAT BAIKKU TELAH MENYELAMATKAN NYAWAKU”

Maka sahabat yang menampar tempoh hari merasa pelik dan bertanya “ kelmarin, selepas aku menampar wajahmu, kau menulisnya diatas pasir, kali ini selepas aku menyelamatkan mu dari lemas, kau menulisnya diatas batu pula, kenapa?”

Lalu sambil tersenyum dan merapati teman yang terpinga-pinga sahabat yang ditampar berkata “ apabila seseorang melukakan hati kita, catatkan ia diatas pasir supaya ia terkambus apabila ditiup angin kemaafan. Tetapi apabila seseorang itu membuat kebaikan kepada kita.. nukilkan ia diatas batu supaya angin kemarahan tidak bisa memadamkannya”

Sahabat yang menampar tempoh hari bergitu tersentuh dengan keikhlasan hati sahabat baiknya yang sentiasa bersedia menerima kelebihan dan kekurangan sikap dirinya yang ada ketikanya begitu mengecewakan sahabatnya.

Begitulah kita dalam bersahabat, tidak selamanya kita yang berada dipihak yang sempurna, mungkin kebenaran ada pada kita, mungkin saja kesalahan dipihak sahabat kita..tapi jangan kita lupa, ada tikannya demi sebuah persahabatan sahabat sanggup mendahulukan kita, memuliakan diri kita. Sedangkan dia sentiasa beralah. Pernah kita peduli? Pernah kita bertanya? Pernah kita selami? Pun begitu dalam kalahnya..kita sendiri bukalah seorang pemenang yang unggul.