Ayatul Qudus~

Wednesday 23 March 2011

liLLAHi Taa'laa.....

Apabila kau ingin berteman
janganlah pandang pada kelebihannya
kerana,
mungkin dengan sesuatu kekurangan,
kau akan menjauhinya...

Apabila kau ingin berteman
janganlah pula dinilai pada kebaikannya
kerana,
mungkin dengan satu kelemahan,
kau akan menjauhinya...

Andai kau ingin berteman
janganlah diuji akan ilmunya,
kerana,
apabila dia buntu,
kau akan menyisihnya...

Andai kau ingin berteman,
terimalah dia seadanya,
kerana,
dia hanya insan yang biasa,
seperti juga dirimu...

Jalinkanlah hubungan kerana Allah...
Jalinkanlah hubungan...Lillahi Ta'ala...