Ayatul Qudus~

Thursday 29 December 2011

Konsep Teologi Ibnu Taimiyah

1- Tauhid Al-Rububiyah

    Adalah bentuk pengesaan kepada Allah s.w.t dalam hal yang meliputi penciptaan (al-khaliq), kepemilikan (al-mulk), dan pengaturan (al-tadbir). Dalam hal ini Allah yang menciptakan alam semesta dan semua perlengkapannya dan hanya Dialah yang memiliki semua isi ala mini, Dia juga yang mengatur semua keharmonian, keserasian, dan keselarasan alam semesta ini.

2- Tauhid al-Uluhiyyah

    Tauhid ini merupakan bentuk pengesaan terhadap Allah s.w.t dalam bentuk ibadah ,  dengan seorang hamba tidak akan melakukan penyembahan kepada selain Allah s.w.t dengan membersihkan segala sekutu dari Nya. Dialah zat yang berhak untuk disembah, diagungkan dan dibesarkan nama Nya.
   
     Dalam tauhid yang  pertama ini, Ibnu Taimiyah membezakan antara kalimah “al-Rab” dan “al-Illah” yang sebenarnya mempunyai persamaan erti, iaitu Tuhan. Menurut beliau kedua kalimah yang sinonim ini mempunyai erti yang sangatberbeza; “al-Rab” bermakna Dialah zat yang menciptakan hambaNya dan memberikan semua ciptaanNya kepada kepadanya serta mengatur dan menunjukkannya jalan yang lurus (al-Sirotal Mustaqim). Sedangkan kalimat “al-Illah” bermakna Dialah zat yang berhak untuk disembah dengan raasa cinta, pasrah, penghormatan dan pengagungan, tiada sekutu bagi Nya.

3- Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat

             Para ulama sepakat,baik salaf mahupun khalaf tentang dua tauhid yang pertama, walaupun mereka berbeza pada istilah yang dipakainya. Berbeza sekali dengan jenis tauhid yang ketiga, yang sangat berbeza dengan kebanyakan ulama kalam dan khalaf dalam memberikan dan menetapkan nama-nama dan sifat-sifat Allah s.w.t. Menurut beliau, nama-nama dan sifat-sifat Allah s.w.t telah ditetapkanNya dalam Al Quran sebagaimana dia menamai dan menyifatkan diri Nya sendiri tanpa penta’wilan,penyamaan dengan ciptaan Nya, dan tanpa harus dihitung dengan bilangan yang sangat terbatas, lapan, sepuluh, dua puluh, atau bahkan menafikannya. Hal tersebut sangat bertentangan dengan apa yang telah ditetapkan Allah s.w.t dengan menafikan atau membatasi nama atau sifat Nya tersebut bererti mengurangi kebesaran dan kesempurnaan Nya. Dialah Tuhan yang maha sempurna dan disucikan dari segala kekurangan.

            Secara umumnya pengertian tauhid asma’ wa sifat adalah beriman kepada semua nama-nama dan sifat-sifat yang telah Allah sifatkan sendiri untuk diriNya dalam kitabNya mahupun yang telah disifatkan oleh Rasulullah dalam hadis-hadis tanpa melakukan:

-Tahrif yang bererti menidakkan lafaz nas yang disebut dalam al Quran dan as Sunnah yang sahih dengan cara menambah atau mengurangi kata atau huruf, atau menambah harakat ataupun menyimpangkan dari makna sebenarnya misalnya istawa (bersemayam) diubah dengan istaula (yang menguasai).

-Ta’thil bererti merubah menidakkan seluruh atu sebahagian sifat yang telah Allah tetapkan. Mereka berdalih, apabila Allah Maha Melihat bererti Dia mempunyai pandangan juga apabila Dia Maha Mendengar bererti mempunyai pendengaran. Dengan dalih itu mereka menidakkan sifat-sifat Allah (yang menurut mereka) menyebabkan Allah serupa dengan makhlukNya.

Perbezaan Tahrif dan Ta’thil iaitu Ta’thil menolak suatu makna benar yang telah ditunjukkan oleh al Quran dan as Sunnah yang sahih sedangkan Tahrif adalah pentafsiran nas-nas al Quran dan as Sunnah yang sahih dengan interpertasi yang batil.

-Takyif bererti bertanyakan bagaimana hakikat sifat Allah itu ataupun menggambarkannya.

-Tamtsil (Tasybih) bererti menyerupakan sifat Allah dengan sifat makhlukNya. Contohnya Allah Maha Melihat bererti penglihatanNya sama dengan yang kita miliki.: