Zuhud mengikut istilah syara’ bererti mengambil barang yang halal setelah meyakini kehalalannya dalam kadar yang perlu sahaja. Mengikut Imam Nawawi, erti zuhud di dunia ialah membelakangi segala yang diperlukan diri dari mata benda dunia, meskipun mata benda itu jelas halalnya. Yang diambil hanyalah sekadar keperluan yang terhad untuk meneruskan hidup. Sewaras-waras pemikiran yang dimiliki manusia kata imam Nawawi ialah pemikiran para zuhdad (orang yang melengkapi melengkapi diri dengan sifat zuhud), kerana mereka hanya memilih apa yang dicintai Allah dan meninggalkan segala yang dibenciNya tanpa terpengaruh walau sedikit pun tentang habuan dunia dan kemewahannya.
Dari segi bahasa zuhud berasal dari perkataan arab ‘zahada’ yang membawa maksud meninggalkan sesuatu kerana kehinaannya atau kekurangannya. Zuhud dalam erti kata yang lebih khusus ialah kebencian hati terhadap perkara-perkara keduniaan dan mengelak diri daripadanya kerana mentaati Allah. Hal ini kerana di dalam hatinya menyedari dunia hanyalah perhiasan sementara dan tiba masanya akan musnah. Sebagaimana firman Allah S.W.T:
ö@t/ tbrãÏO÷sè? no4quŠysø9$# $u‹÷R‘‰9$# ÇÊÏÈ äotÅzFy$#ur ׎öyz #’s+ö/r&ur ÇÊÐÈ
Maksudnya: (tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan Yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. (16) padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.(17) (Al-A'laa:16-17)
Menurut Syeikh Islam Ibnu Taimiyah; “zuhud meninggalkan apa yang tidak berfaedah pada akhirat”. Pendapat Sofyan At-Tsauri, beliau berkata; “zuhud pada dunia pendek angan-angan, bukan makanan yang kesat dan pakaian yang lebar”. Nabi s.a.w menyatakan dunia dibahagikan kepada tiga, satu pertiga dimakan, satu pertiga dipakai dan satu pertiga lagi disedekahkan; hanya yang ketiga ini akan dipetik hasilnya. Akan tetapi timbul pertanyaan, dapatkan manusia memisahkan dirinya sama sekali daripada harta dan bentuk kesenangan duniawi? Bukankah para sahabat utama Rasulullah s.a.w seperti Abu Bakar, Uthman dan Abdul Rahman bin Auf adalah orang kaya. Kezuhudan mereka ini ternyata tidak menghalangnya untuk mencari kekayaan duniawi.
Justeru pengertian zuhud bukan bererti semata-mata tidak mahu memiliki harta dunia tetapi zuhud sebenarnya adalah pemikiran yang tidak mudah dipengaruhi oleh kesenangan duniawi dalam tujuan mengabdikan diri semata-mata kepada Allah s.w.t. Pengertian zuhud seperti ini amat dekat dengan firman Allah s.w.t:
ŸxøŠs3Ïj9 (#öqy™ù's? 4’n?tã $tB öNä3s?$sù Ÿwur (#qãmtøÿs? !$yJÎ/ öNà69s?#uä 3 ª!$#ur Ÿw =Ïtä† ¨@ä. 5A$tFøƒèC A‘qã‚sù ÇËÌ
Maksudnya: (kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.(23) (Al-Hadid:23)
Sebenarnya, zuhud bukanlah bererti meninggalkan dunia sama sekali, tetapi sebaliknya mengambil daripadanya sekadar keperluan, tidak kira berapa banyak sekalipun. Apabila sesuatu barang itu dipandang perlu, maka tetaplah hukumnya harus asalkan tidak berlebih-lebihan. Imam Ghazali menegaskan bahawa zuhud yang sebenar bukanlah membenci wang dan berpakaian cumpang-camping, tetapi adalah berzuhud dari kemewahan hidup dan bebas dari kesenangan yang dituntut oleh jiwa.
Oleh hal yang demikian, sifat zuhud dapat mendidik jiwa kita agar tidak terlalu mencintai dunia dan sentiasa mempersiapkan diri dengan amal ibadah untuk bekalan di hari akhirat kelak. Bukanlah zuhud itu mengenepikan dunia dan beramal untuk akhirat semata-mata, tetapi lebih kepada mengosongkan hati kepada cinta kepada dunia serta perhiasannya dan menggantikannya dengan mencintai Allah serta ma’rifah kepadanya. Ia merupakan martabat hati di mana hatinya tidak terikat langsung dengan dunia walaupun memiliki segala-galanya di dunia ini dan sekiranya kehilangan segala nikmat tersebut dia tidak akan berasa sedih kerana yakin Allah adalah tujuan utama kehidupan sebagai khalifah dan bukanlah kenikmatan dunia yang dimilikinya.